Sunday, March 17, 2013

Solat Sunat Dhuha



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh
baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani).

Waktu Solat Dhuha


Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

Cara Mengerjakan Solat Dhuha
Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.
.
1.  Niatnya:



2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.

b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas

3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:

4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:


5.  Berdoa

Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).

وسلام

Wednesday, March 13, 2013

Amalan zikir membawa ketenangan hati


Zikir ini merupakan amalan Imam Ghazali, di bukakan barakah Ilahi mohon syafaat para Nabi .



ZIKIR HARI JUMAAT
YA ALLAH … YA ALLAH … YA ALLAH
"Allah akan memberi ketenangan hati bagi yang membacanya dan meras kelazatan zikrullah"

ZIKIR HARI SABTU
LAA ILA HA ILLALLAH
"Allah akan hampir kepada kita dan akan memberi segala kebaikan hamba yang memujinya"

ZIKIR HARI AHAD
YAAHAIIYU YAA QAIYYUUM
"Memperolehi harta yang banyak dan berkat semasa hidup kita."

ZIKIR HARI ISNIN
LAA HAW LA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAA HIL A’LI YIL A’ZIM
"Allah memberi ganjaran pahala seperti Gunung Uhud dan Allah memberi kekuatan beribadah kepadanya"

ZIKIR HARI SELASA
ALLAH HUMMA SOLLI A’LA MUHAMMAD WA A’LAA AALII MUHAMMAD
"Mendapat rahmat Alalh dan mendapat syafaat Rasulullah di dunia dan di akhirat"








ZIKIR HARI RABU
ASTARGFIRULLAH HAL A’ZIM
"Setiap kali di baca zikir di atas, menghilangkan satu titik hitam dalam hati dan Allah memberikeampunan hambaNya."

ZIKIR HARI KHAMIS
SUBHA NALLAH HIL A’ZIMI WA BI HAMDIH
"Diampunkan dosa kita walau sebanyak buih di laut atau pasir di bumi Allah"


Marilah sama-sama kita mengamalkannya sebagai ibadah harian dan memperbaiki diri kita agar menjadi hamba yang lebih beramal soleh. Dekatnya kita dengan Allah, makin terpisahlah kita dengan kerugian masa. Wallahualam.

Tuesday, March 12, 2013

ISTIQOMAH

                           
Istiqamah Dalam Melakukan Ibadah. Istiqamah secara umumnya bermaksud memberikan komitmen dalam melaksanakan sesuatu perkara dengan penuh konsisten dan dengan penuh kesungguhan. Atau dengan kata lain, istiqamah ialah ketetapan pendirian dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Kepentingan istiqamah dalam beribadah ialah mampu membentuk akhlak dan sahsiah atau keperibadian kita dalam kehidupan seharian. Jika kita tidak istiqamah dalam melakukan sesuatu ibadah, kita akan merasakan kekurangan dalam diri kita. Seperti hati tidak tenteram atau terasa kekosongan dalam diri. Perkara ini mudah terjadi terutama sekali apabila kita sudah berjaya istiqamah dalam beribadah kepada Allah SWT sebelum ini dan terputus dari istiqamah pada suatu ketika selepas itu. Hal ini kerana syaitan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk memusnahkan anak Adam sedikit demi sedikit dengan menjauhkan hamba Allah dari istiqamah dalam beribadah kepada Allah SWT.


Oleh sebab itu, dengan apa cara sekalipun. Kita perlu melawan segala kemalasan yang disebabkan oleh godaan syaitan yang ingin menjauhkan kita dari istiqamah dalam melakukan ibadah kepada Allah SWT.


Sabda Rasulullah S.A.W:
"Berteguh-hatilah kamu (istiqamahlah) kamu meskipun tidak akan mampu melakukan sepenuhnya. Ketahuilah bahawa bahagian terbaik dari agamamu adalah sembahyang, dan tiada seseorang yang memelihara wudhu’, kecuali orang yang beriman.” (HR Ahmad, Ibnu Majah, Al-Hakim dan Al-Baihaqi)


Dari keterangan hadis di atas, jelaslah bahawa kita diperintahkan agar beristiqamah dengan bahasa yang agak tegas. Ini jelas sekali terdapat hikmah yang AMAT HEBAT di sebalik perintah istiqamah.

Antara kelebihan istiqamah dalam melakukan ibadah kepada Allah SWT ialah:

1- Mereka akan selalu didampingi oleh malaikat. 
Beruntunglah mereka yang didampingi oleh malaikat apabila istiqamah dalam beribadah. Hal ini kerana, muslimin yang sentiasa didampingi oleh malaikat akan sentiasa merasa tenang, gembira dan tiada khuatir, mereka akan sentiasa membuat kebaikan dan tidak akan bertindak mengikut hawa nafsu, wajahnya akan sentiasa berseri dan dia tidak akan mudah marah atau tersinggung.


2- Mereka tidak akan ada rasa takut.
Sebagai mana yang termaktub di dalam Al-Quran:  

…janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu)…” (Surah Al-Fussilat: 30).

3- Mereka tidak akan berasa sedih.
Sebaliknya, mereka akan berasa gembira dan bahagia kerana hati mereka telah diisi dengan ketenangan dan ketenteraman akibat mereka istiqamah dalam beribadah. Mereka akan sentiasa redha dengan segala ketentuan Allah kepada mereka.

4- Mereka akan mendapat balasan syurga di akhirat kelak.
Mereka yang istiqamah akan mendapat balasan syurga, sebagaimana firman Allah di dalam Al-Quran:
"…dan terimalah berita gembria bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.” (Surah Al-Fussilat: 30)


5- Mereka akan dimurahkan rezeki.
Sesiapa yang istiqamah dalam kebaikan dan tetap dijalan yang benar, maka mereka akan mendapat rezeki yang melimpah ruah, sebagaimana firman Allah Ta’ala di dalam Al-Quran:

“(Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): Dan sesungguhnya sekiranya mereka (manusia dan jin) itu berjalan lurus di atas jalan (Islam) itu, sudah tentu Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar. (Pemberian yang demikian) supaya Kami menguji mereka dalam menikmati apa yang Kami berikan itu (adakah mereka bersyukur dan istiqamah menurut Islam). (Ingatlah) sesiapa yang berpaling daripada mengingati Tuhannya (dengan berlaku ingkar, maka) Tuhan akan memasukkannya ke dalam azab yang amat berat.” (Surah Al-Jinn: 16-17)
Lihatlah betapa beruntungnya orang yang berjaya istiqamah dalam beribadah. Bagaimana dengan kita? Marilah kita mulakan beristiqamah. Bersama-samalah kita merebut peluang-peluang yang diberikan oleh Allah SWT. InsyaAllah. Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan dariNya.

Semoga kita bertemu lagi. InsyaAllah. =)

Jika ada sebarang komen, cadangan or anything, sila hantarkan kepada saya Syahida Abdullah di e-mel: fizeidzsya@yahoo.com


Wallahua'lam~